KUALA LUMPUR, 18 SEPTEMBER 2026 – Selepas beberapa kali menemui peminat di Kuala
Lumpur, penyanyi dan pencipta lagu popular Indonesia, Rizky Febian, bakal kembali
menghangatkan pentas ibu negara pada “Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in
Kuala Lumpur”, yang akan berlangsung pada 29 November 2026 di Zepp KL.
Dibawakan oleh Kumho International dan dianjurkan oleh AM Entertainment dengan
kerjasama RSI Solusi Indonesia, konsert ini bakal menjadi satu lagi pertemuan istimewa
antara Rizky dan peminat Malaysia yang sentiasa menunjukkan sokongan serta keterujaan
terhadap setiap kemunculannya di negara ini.
Kembali Dengan “Malam Rawan”
Menerusi “Malam Rawan”, Rizky Febian bakal membawa penonton menyelami sisi
muziknya melalui sebuah persembahan yang menghimpunkan karya-karya popular, melodi
yang dekat dengan jiwa serta momen istimewa bersama peminat.
Dikenali dengan karakter vokal tersendiri dan karya yang banyak menyentuh tentang cinta,
kerinduan serta perjalanan perasaan, Rizky dijangka menghidupkan suasana romantik dan
penuh rasa di Zepp KL, sambil mengajak penonton menyanyi bersama sepanjang malam.
Rizky berkata, “Saya sangat senang dapat kembali bertemu dengan peminat di Kuala
Lumpur. Malaysia sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam perjalanan muzik saya
dan saya tahu ramai yang sudah menantikan untuk bernyanyi bersama-sama. Kali ini, saya
ingin memberikan sebuah persembahan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga
meninggalkan kenangan yang istimewa buat semua yang hadir.”Nama Yang Tidak Asing
Rizky Febian mula mencipta nama menerusi karya popular seperti “Kesempurnaan Cinta”,
“Penantian Berharga”, “Cuek”, “Makna Cinta”, “Terlukis Indah” dan “Hingga Tua Bersama”.
Lagu-lagu yang dekat dengan kisah cinta dan kehidupan ini turut mengukuhkan namanya
sebagai antara penyanyi popular Indonesia yang mempunyai tempat tersendiri dalam muzik
pop serantau.
Dengan karakter vokal dan gaya persembahan yang tersendiri, Rizky terus mendapat
sambutan daripada peminat, termasuk di Malaysia yang sentiasa teruja untuk menyaksikan
beliau beraksi secara langsung.
Peminat Malaysia Sentiasa Menanti
Hubungan Rizky Febian dengan peminat Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu. Beberapa
kali tampil di Kuala Lumpur sebelum ini, kehadirannya sentiasa dinantikan oleh peminat
yang mengikuti perjalanan muziknya sejak awal.
Kali ini, Rizky kembali dengan sebuah persembahan khas yang memberi peluang kepada
peminat untuk menikmati karya-karyanya secara langsung dalam suasana konsert yang lebih
menyeluruh.
Bukan sekadar sebuah malam untuk menikmati muzik, “Malam Rawan” turut menjadi ruang
untuk Rizky berkongsi emosi, cerita dan pengalaman bersama peminat menerusi lagu-lagu
yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup serta kerjaya seninya.
Tiket Mula Dijual 18 September
Tiket akan mula dijual pada 18 September 2026 secara dalam talian menerusi
Harga tiket adalah:
● CAT 1 – RM228 (Standing)
● CAT 2 – RM248 (Premium Seat)
● CAT 3 – RM238 (Normal Seat)
“Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur” turut mendapat sokongan
Rifelous Malaysia sebagai Rakan Rasmi, Gempak sebagai Rakan Media Rasmi dan Zepp KL