img_1289

SUSULAN KEADAAN JEREB

KUALA LUMPUR, 15 September 2026 – Pihak penganjur Konsert Spideraya, B7 Resources

Sdn Bhd hari ini mengumumkan pertukaran lokasi penganjuran konsert daripada Stadium

Hoki Bukit Jalil ke IDEALIVE Arena, mengambil kira keadaan pencemaran udara,

ketidakstabilan cuaca serta situasi jerebu semasa.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira keselesaan para penonton, artis, kru produksi

serta semua pihak yang terlibat, khususnya memandangkan Stadium Hoki Bukit Jalil

merupakan lokasi yang melibatkan aktiviti di kawasan terbuka.

Tarikh dan waktu konsert kekal seperti yang telah diumumkan dan tidak mengalami

sebarang perubahan. Semua kategori tiket yang telah dibeli juga masih sah dan dikekalkan.

Pihak penganjur memaklumkan bahawa keputusan menukar venue pada saat akhir

bukanlah sesuatu yang dibuat dengan mudah. Namun, setelah menilai keadaan semasa,

langkah tersebut dilihat sebagai pilihan yang lebih wajar bagi memastikan pengalaman

konsert dapat diteruskan dalam persekitaran yang lebih selesa untuk semua.

“Kami memahami bahawa pertukaran venue pada saat akhir mungkin menimbulkan sedikit

kesulitan kepada para peminat yang telah membuat perancangan lebih awal. Kami amat

kesal atas perkara tersebut dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

“Bagaimanapun, keadaan semasa memerlukan kami mengambil langkah yang sewajarnya.

Keutamaan kami adalah memastikan para peminat dapat terus menikmati Konsert

Spideraya dalam keadaan yang lebih selesa, di samping mengurangkan aktiviti di kawasan

terbuka sepanjang keadaan jerebu ini,

” kata pihak Khairul Afizi (Khai) wakil B7 Resources

Sdh Bhd.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua peminat Spideraya atas

kesabaran, pemahaman dan sokongan yang diberikan berhubung perubahan ini.

Para pemegang tiket dinasihatkan untuk mengambil maklum mengenai lokasi baharu dan

mengikuti saluran rasmi penganjur bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan akses ke

IDEALIVE Arena, pintu masuk, waktu pendaftaran, tempat letak kenderaan serta maklumat

lain berkaitan konsert.

MAKLUMAT PENTING

Venue asal: Stadium Hoki Bukit Jalil

Venue baharu: IDEALIVE Arena

Tarikh: Kekal / Tiada perubahan

Masa: Kekal / Tiada perubahan

Tiket: Semua kategori tiket sedia ada masih dikekalkanPihak penganjur sekali lagi memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan

mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat atas kerjasama serta pengertian yang

diberikan.

Konsert tetap diteruskan — hanya lokasinya berubah.

Leave a Reply