KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2026 – Peminat muzik pop tanah air bakal disajikan
sebuah pengalaman persembahan tribute berskala konsert menerusi GAGA Live, yang
menampilkan Donna Marie, antara penghibur tribute Lady Gaga antarabangsa yang terkenal
dengan persembahan vokal secara langsung, kostum dramatik serta koreografi bertenaga.
Dibawakan oleh MyTicket Holdings dan MyMember, GAGA Live bakal dipentaskan dalam
dua persembahan di Malaysia iaitu pada 25 September 2026 di EX8 Collective Concert Hall,
Subang, sebelum diteruskan pada 27 September 2026 di Indoor Arena, EduCity Sports
Complex, Iskandar Puteri, Johor.
Kedua-dua persembahan dijadualkan bermula pada 8.30 malam, manakala pintu dibuka
kepada penonton pada 7.00 malam.
GAGA Live bukan sekadar persembahan nyanyian semula lagu-lagu popular Lady Gaga.
Produksi ini dibentuk sebagai sebuah pengalaman konsert lengkap yang menggabungkan
vokal secara langsung, tarian, kostum, teater, koreografi serta produksi visual berimpak
tinggi.

Donna Marie telah membina kerjaya selama lebih sedekad menerusi persembahan tribute
Lady Gaga dan membawa produksinya ke pelbagai pentas antarabangsa, termasuk teater,
festival, kapal persiaran serta acara berskala besar.
Keunikan Donna bukan sahaja terletak pada persamaan visual dengan Lady Gaga, malah
kemampuan vokalnya menjadi antara elemen penting yang membentuk keseluruhan
pengalaman GAGA Live.
Malah, Donna pernah bertemu sendiri dengan Lady Gaga, yang memberikan reaksi
terhadap persamaan rupa dan suaranya. Persembahan Donna turut pernah mendapat
perhatian menerusi perkongsian di platform media sosial Lady Gaga.

DONNA MARIE JANJI PENGALAMAN KONSERT PENUH
Menurut Donna Marie, peluang membawa GAGA Live ke Malaysia cukup istimewa kerana
produksi ini direka untuk memberikan pengalaman yang lebih besar daripada sebuah
persembahan tribute konvensional.
“Saya mahu penonton di Malaysia merasakan tenaga sebuah konsert Lady Gaga sebaik
sahaja mereka melangkah masuk ke venue. Ini bukan sekadar tentang menyanyikan lagu-
lagunya, tetapi tentang muzik, fesyen, koreografi, teater dan hubungan dengan penonton.”
Katanya, setiap elemen produksi diberikan perhatian terperinci termasuk kostum, susunan
muzik, tarian dan persembahan pentas.

“Saya sudah melakukan persembahan ini selama bertahun-tahun, tetapi setiap kali berada
di atas pentas, saya masih mahu memberikan seratus peratus. Malaysia sangat istimewa
buat kami dan saya tidak sabar untuk bertemu Little Monsters di Kuala Lumpur serta Johor
Bahru.”
LIMA PENARI ANTARABANGSA TURUT SERTAI PRODUKSIDonna Marie tidak datang bersendirian apabila GAGA Live turut menampilkan lima penari
profesional antarabangsa iaitu Giuseppe Morra, Emma Tomkins, Lizzy-Lou Koster, Will
Garner dan Pablo Sánchez Feltrer.
Mereka mempunyai pengalaman dalam pelbagai disiplin termasuk ballet, jazz, contemporary
dance, musical theatre, commercial dance serta produksi pentas antarabangsa.
Antara pengalaman profesional barisan penari tersebut termasuk persembahan di Royal
Albert Hall, projek bersama jenama dan produksi antarabangsa serta penglibatan dalam
teater, televisyen, muzik video dan persembahan komersial.
Gabungan Donna bersama barisan penari ini bakal memperkuatkan elemen visual dan
koreografi GAGA Live, sekali gus memberikan persembahan yang lebih hampir kepada
format produksi konsert pop berskala penuh.
21 PERSEMBAHAN DALAM SETLIST GAGA LIVE
Peminat Lady Gaga juga bakal dibawa mengimbau perjalanan muzik penyanyi berkenaan
menerusi setlist yang merangkumi karya daripada beberapa era berbeza.
Antara lagu yang bakal dipersembahkan termasuk Abracadabra, Dead Dance, Always
Remember Us This Way, Paparazzi, Alejandro, Marry The Night, Stupid Love, Rain On Me,
Telephone, Applause, Million Reasons, Shallow, Die With A Smile, Just Dance, Bad
Romance dan Poker Face.
Persembahan turut merangkumi beberapa medley dan interlude termasuk Mayhem Medley,
yang menggabungkan lagu seperti Abracadabra, Judas, Aura dan Garden of Eden.
Sebagai penutup, Edge of Glory disenaraikan sebagai persembahan encore.
Keseluruhan produksi turut mengetengahkan perubahan kostum, koreografi yang
diinspirasikan daripada persembahan dan video muzik Lady Gaga, visual latar berskala
besar serta interaksi secara langsung bersama penonton.
PENGANJUR MAHU BAWA PENGALAMAN BERBEZA KEPADA PEMINAT MALAYSIA
Menurut wakil penganjur, pemilihan GAGA Live dibuat kerana produksi tersebut
menawarkan konsep yang jarang dipersembahkan secara penuh di Malaysia.
“Kami tidak mahu membawa sebuah tribute show yang hanya bergantung kepada
persamaan fizikal artis. GAGA Live mempunyai keseluruhan pakej produksi – Donna
menyanyi secara langsung, ada penari profesional, koreografi, kostum, visual dan elemen
teater. Matlamat kami adalah supaya penonton datang dan merasakan mereka
menyaksikan sebuah produksi konsert sebenar.”
Pihak penganjur turut melihat Malaysia sebagai pasaran yang mempunyai komuniti peminat
Lady Gaga yang kuat, selain penonton yang semakin terbuka terhadap produksi tribute
antarabangsa berkualiti.
“Ini adalah pengalaman untuk peminat muzik dan persembahan pentas. Sama ada anda
Little Monster sejak era awal Lady Gaga atau peminat karya terbaharunya, kami mahu
semua orang keluar dari venue dengan pengalaman yang mereka akan ingat.”
TIGA KATEGORI TIKET DITAWARKANBagi persembahan GAGA Live, tiga kategori tiket ditawarkan iaitu Diamond pada harga
RM289, Platinum RM239 dan Party Zone RM189.
Kategori Party Zone menawarkan ruang berdiri untuk penonton yang mahu menikmati
persembahan dengan suasana lebih bertenaga, manakala Diamond dan Platinum
merupakan kategori tempat duduk bebas.
Peminat turut boleh mendapatkan pakej tambahan Meet & Greet pada harga RM88, yang
merangkumi peluang bergambar bersama Donna Marie serta menerima poster
bertandatangan. Slot Meet & Greet adalah terhad dan dijadualkan pada 7.00 malam.
Tiket boleh didapati menerusi MyTicket Asia.
GAGA LIVE – KUALA LUMPUR
Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
Lokasi: EX8 Collective Concert Hall, Subang
Pintu Dibuka: 7.00 malam
Waktu Persembahan: 8.30 malam
GAGA LIVE – JOHOR BAHRU
Tarikh: 27 September 2026 (Ahad)
Lokasi: Indoor Arena, EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri
Pintu Dibuka: 7.00 malam
Waktu Persembahan: 8.30 malam
Harga Tiket:
Diamond – RM289
Platinum – RM239
Party Zone – RM189
Meet & Greet Add-On – RM88
Dipersembahkan oleh: MyTicket Holdings & MyMember