KUALA LUMPUR, 13 Julai 2026 – Anak kepada penyanyi terkenal, *Izam Eye, iaitu *Muhammad Umar Al Faroq Mohd Izam, 18, dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang berlaku di persimpangan berhampiran sebuah pasaraya Bandar Tun Hussein Onn pada malam tadi
Allahyarham merupakan pelajar Tingkatan Lima sesi 2025 dan dijadualkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Allahyarham juga meninggalkan seorang adik yang kini merupakan pelajar Tingkatan Tiga di sekolah yang sama.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh pihak komuniti sekolah kepada ibu bapa dan warga sekolah sebagai tanda dukacita atas kehilangan seorang pelajar yang disifatkan sebagai seorang yang baik dan disenangi.
Salam takziah diucapkan kepada penyanyi Izam Eye serta seluruh ahli keluarga atas pemergian insan tersayang. Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.