SEPANG, 18/8/2026 – Dalam tempoh hanya tujuh hari, sebuah idea bertukar menjadi realiti apabila usahawan muda Ali Imran berjaya membentuk FNF Motorsports, satu langkah berani yang bukan sekadar mahu melihat FNF berada di litar perlumbaan, tetapi menjadi permulaan
kepada visi lebih besar untuk membina ekosistem perniagaan berasaskan motorsports.
“Built in 7 Days. Built for the Future.
Itulah falsafah yang mendasari penubuhan FNF Motorsports, dibina dengan pantas, tetapi mempunyai visi jangka panjang.
Menurut Pengasas FNF Motorsports, Ali Imran Che Ahmad Shakri, tempoh tujuh hari itu bukan sekadar simbol kepada kepantasan membuat keputusan, sebaliknya mencerminkan budaya keusahawanan
FNF yang berani mengambil peluang, bertindak dan belajar sepanjang perjalanan.
“Dalam perniagaan, kadangkala kita tidak boleh menunggu segala-galanya sempurna. Kita perlu berani bermula. FNF Motorsports dibina dalam tujuh hari, tetapi apa yang kami mahu bina selepas itu adalah sesuatu yang jauh lebih besar dan berjangka panjang, katanya.
Beliau berkata, FNF tidak melihat motorsports hanya sebagai sukan atau pertandingan, sebaliknya sebagai platform untuk membina jenama, perniagaan, komuniti dan lifestyle.
“We don’t just want to race. We want to build a lifestyle.

Konsep berkenaan menjadi asas kepada strategi FNF untuk menghubungkan motorsports dengan elemen automotif, fesyen, hiburan, kandungan digital, pengalaman pelanggan, komuniti serta peluang perniagaan.
Menurut Ali Imran, apabila lifestyle dibina dengan betul, pengguna bukan sekadar membeli produk, sebaliknya membeli pengalaman, aspirasi dan identiti yang datang bersama sesuatu jenama.
Justeru, FNF Motorsports akan menjadi antara platform utama untuk memperkukuh personal branding Ali Imran serta membina identiti FNF
yang lebih dekat dengan generasi muda, peminat automotif dan komuniti motorsports.

MOTORSPORTS SEBAGAI BUSINESS PLATFORM
FNF melihat potensi besar motorsports untuk dikembangkan daripada
aktiviti perlumbaan kepada sebuah business platform yang mempunyai
pelbagai aliran peluang komersial.
Antara fokus jangka panjang FNF termasuk pembangunan sport
tourism, penerokaan peluang dalam industri automotif termasuk
Approved Permit (AP), penganjuran pertandingan motorsports milik
sendiri, penajaan, kolaborasi strategik dan kerjasama dengan pemain industri.
FNF juga mahu membuka ruang kepada third-party businesses untuk menyertai ekosistem FNF Motorsports melalui model sponsorship, collaboration dan partnership.
Pendekatan itu akan membolehkan jenama daripada pelbagai industri memanfaatkan motorsports sebagai platform pemasaran dan
engagement, manakala FNF pula dapat membangunkan ekosistem yang memberi nilai kepada semua pihak
SPORT TOURISM SEBAGAI PEMACU
Salah satu aspirasi utama FNF Motorsports adalah untuk melihat motorsports sebagai sebahagian daripada agenda sport tourism yang
mampu menarik peminat, peserta, penaja dan pelancong ke Malaysia.
FNF melihat acara motorsports sebagai peluang untuk menggabungkan
perlumbaan dengan pengalaman pelancongan, hospitality, lifestyle,
makanan, hiburan, kandungan digital dan aktiviti komuniti.
“Apabila kita bercakap tentang sport tourism, kita bukan bercakap
tentang perlumbaan sahaja. Kita bercakap tentang orang datang ke
sesuatu lokasi, tinggal di hotel, makan, membeli-belah, menikmati
hiburan dan membawa pulang satu pengalaman.
“Itulah lifestyle ecosystem yang kami mahu bina,
” katanya.
DARIPADA MENYERTAI PERLUMBAAN KEPADA MEMILIKI PLATFORM SENDIRI
Dalam jangka panjang, FNF turut menyasarkan untuk bergerak daripada
sekadar menyertai perlumbaan kepada kemungkinan menganjurkan dan
memiliki platform pertandingan motorsports sendiri.
Platform tersebut boleh menjadi ruang untuk memperkenalkan bakat
baharu, membangunkan komuniti peminat, menarik penaja serta
mewujudkan peluang komersial kepada rakan strategik dan pemain industri.
Menurut Ali Imran, matlamatnya bukan untuk membina satu acara
semata-mata, tetapi membangunkan sebuah motorsports property yang boleh berkembang dari masa ke masa