Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming, mencuit hati netizen apabila menghadapi kesukaran membuat pembayaran di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu.
Declined. Tolonglah jangan tengok, malu Khairul Aming. Duit orang tapi kad aku tak clear lagi. Kalau kena reject juga, tunggu saya kena clean apa yang perlu sebab seminggu ni memang tak sempat nak buat apa. Tidur pun tak sempat. – Katanya dalam sesi siaran langsung petang tadi.
Ketika cuba membayar pakaian bernilai RM19,330 untuk mangsa banjir, kad banknya berulang kali ditolak oleh sistem.

Dalam situasi kelam kabut itu, Khairul Aming mencuba beberapa kad lain, namun semuanya gagal. Dia menjelaskan, ini mungkin kerana terlalu banyak transaksi untuk pembelian bantuan banjir minggu ini hingga menyebabkan sistem menolak transaksinya.
Rata-rata netizen merasa terhibur dan turut bersimpati dengan situasi yang dialami oleh Khairul Aming. Walaupun menghadapi kesulitan ini, usahawan kelahiran Kelantan itu tetap tenang dan terus berusaha memastikan bantuan banjir berjalan lancar.
Sebagai info, Khairul Aming telah menamatkan misinya pada 4 Disember 2024 selepas beberapa hari bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Pantai Timur.