“Dia Tiru Sign Saya” Bekas Isteri Dedah Tanggung Hutang RM2.1 Juta
31 Oktober lalu, bekas isteri penyanyi berstatus Dr selamat mendirikan rumah tangga juruterbang. Namun baru-baru ini, bekas isteri juru terbang berkenaan telah muncul di media sosial dan menuntut bekas suaminya menyelesaikan beberapa isu yang dipercayai sudah lama berlarutan.
2 bulan tak bersekolah, sekarang saya ambil semula, tak sanggup tengok dia terbiar
Pertama, beliau mendedahkan anak ketiganya disahkan mengalami autisme tahap ringan (mild autism) ketika berusia 3 tahun, sekali gus memerlukan perbelanjaan tambahan bagi memenuhi keperluan pendidikan dan terapinya. Disebabkan kekangan kewangan ketika itu, dia mengambil keputusan menyerahkan hak penjagaan anak tersebut kepada bekas suami. Malangnya, persekolahan dan sesi terapi tidak diteruskan. Sedih melihat pengabaian tersebut, beliau mengambil semula anaknya dan kini menuntut bekas suami menyediakan nafkah yang mencukupi.
Saya akan bankrap tidak lama lagi…Saya nak orang yang sebenar bertanggungjawab
Kedua, beliau mendakwa bekas suami pernah diisytiharkan muflis sebelum mereka membuka sebuah syarikat baharu menggunakan namanya sebagai proksi. Bagaimanapun, syarikat tersebut hanya mampu bertahan sehingga 2022 sebelum operasinya terhenti. Keadaan itu menyebabkan beliau terpaksa menanggung beban hutang yang banyak sehingga menerima notis kebankrapan daripada beberapa bank berbeza. Dia mendakwa hanya meminjamkan nama sebagai wakil syarikat dan tidak mempunyai kuasa atau pengetahuan mengenai urusan kewangannya.
“Semasa penubuhan syarikat itu, bekas suami saya ada seorang yang bankrup. Dia tidak ada support dari keluarga atau adik beradik. Yang ada ketika itu hanyalah saya. Jadi saya kasihan & pandang muka anak-anak yang masih kecil. Takpelah, saya bagi peluang jalankan bisnes pakai nama saya & saya jadi director. Tapi saya takde sign apa-apa surat pun. Dia tiru sign saya. Apa-apa business proposal atau permohonan bank, semua saya tak tahu. Saya ingatkan nama saya dalam 1 syarikat saja. Tapi bila saya print laporan CTOS, nama ada di pelbagai syarikat (property, engineering, travel). Kenapa sewenangnya guna nama baik saya untuk tujuan bisnes tanpa pengetahuan?”
1 Oktober 2026, saya dikejar oleh seorang lelaki Cina
Terbeban dengan hutang melebihi RM2.1 juta, beliau pernah dikejar pengutip hutang sehingga mengganggu ketenteraman hidupnya. Saat itu, bekas suami berkata ia bakal diselesaikan, namun masih hampa sehingga sekarang. Wanita ini turut mendedahkan rakaman suara yang berlangsung dengan pengutip hutang bercakap tentang sikap bekas suami yang enggan bertanggungjawab setelah bertahun-tahun masalah ini berlaku.
“Lepas bercerai, saya terpaksa jual rumah yang dibeli atas nama saya. Rumah tu hutang yang dah refinance 2 kali, amount nak mencecah RM1.1 juta. Awak tak konsisten bayar setiap bulan, bank kejar saya. Pressure memang kena kat saya. Saya terpaksa withdraw EPF akaun 2. Saya ditinggalkan dalam keadaan teruk, you tak tinggalkan apa-apa dengan anak-anak. Saya tak boleh keluar negara, nak umrah pun tak boleh. Adil ke untuk saya?”
“You pernah nusyuzkan i, selepas bercerai 2 kali, lepas habis tempoh iddah. You pun dah ada orang baru, bertukar-tukar semenjak dalam perkahwinan. Selepas perkahwinan apatah lagi”
Kredit post: Kisah Dunia and Media Sosial akaun bekas Isteri