ROCKESTRA 5.0 DAN FESTIVAL ROCK ANGKAT WARISAN MUZIK ROCK

0
img_6860

TANAH AIR DI PANGGUNG ANNIVERSARI

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menganjurkan Rockestra 5.0 dan

Festival Rock pada 17 hingga 19 Julai 2026 di Panggung Anniversari, Taman Botani

Perdana, sebagai sebuah festival yang menghimpunkan elemen persembahan

muzik, warisan budaya, komuniti kreatif dan apresiasi seni dalam satu

penganjuran berskala besar.

Program ini merupakan antara pengisian utama Semarak Seni @ Panggung

Anniversari 2026 yang bertujuan menghidupkan semula Panggung Anniversari

sebagai sebuah ruang seni terbuka yang menjadi wadah kepada penggiat seni,

pemuzik, komuniti kreatif dan masyarakat menikmati persembahan berkualiti di

tengah-tengah ibu negara.

Kemuncak festival ialah Rockestra 5.0 yang akan berlangsung pada Sabtu, 18

Julai 2026, bermula jam 8.30 malam menerusi sebuah konsert yang

mengetengahkan konsep unik dengan menggabungkan keunikan muzik rock

dan susunan muzik simfoni. Lebih 60 pemuzik Orkestra Kuala Lumpur akan

bergandingan bersama barisan penyanyi rock terkenal bagi mempersembahkan

karya-karya malar segar dalam dimensi baharu yang lebih epik, dramatik dan

bertaraf orkestra, tanpa menghilangkan identiti asal muzik rock tempatan.

Konsert percuma ini akan menampilkan Muzza, Pasha, Pat Candy, Lan Solo,

CDNaz, King Shah (Metalasia) dan Ca-ah, manakala Isma Halil Hamzah selaku

pengacara sepanjang hampir tiga jam.Sementara itu, Festival Rock yang berlangsung dari 17 hingga 19 Julai 2026 akan

menyajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan artis dan kumpulan

rock, forum, sesi bual bicara, pameran komuniti, jualan cenderamata serta

pelbagai aktiviti interaktif yang mengetengahkan sejarah, evolusi dan legasi

muzik rock Malaysia.

Festival ini turut membuka ruang kepada orang ramai untuk menyaksikan sendiri

proses di sebalik penganjuran konsert menerusi sesi latihan bunyi (soundcheck)

Rockestra 5.0, selain mendekatkan peminat dengan artis, pemuzik dan komuniti

yang telah lama mewarnai industri muzik tempatan.

Lebih daripada sekadar sebuah festival hiburan, penganjuran ini menjadi platform

yang menyatukan generasi lama dan baharu dalam menghargai perjalanan

muzik rock tanah air, di samping memperkukuh jaringan komuniti kreatif melalui

perkongsian ilmu, pengalaman dan apresiasi terhadap karya seni tempatan.

Panggung Anniversari sendiri mempunyai nilai sejarah yang cukup signifikan

dalam perkembangan industri muzik negara. Lokasi ikonik ini pernah menjadi

pentas kepada ramai artis dan kumpulan legenda yang mewarnai landskap

muzik Malaysia. Melalui Rockestra 5.0 dan Festival Rock, legasi tersebut terus

diperkasakan dengan pendekatan yang lebih segar, inklusif dan relevan kepada

generasi masa kini.

Penganjuran ini mencerminkan komitmen berterusan DBKL dalam memperkasa

pembangunan seni, budaya dan industri kreatif, selaras dengan aspirasi

menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang bukan sahaja maju

dari aspek fizikal, malah kaya dengan aktiviti kebudayaan, warisan dan

kehidupan seni yang dinamik.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Rockestra 5.0 dan Festival Rock. Masuk Percuma

Leave a Reply