TikToker kontroversi, Kim Seri, sekali lagi tampil memohon maaf selepas gagal melunaskan bayaran balik kepada individu yang menggunakan servis pelancongannya tahun lalu.
Lebih mengecewakan, tarikh akhir 1 Februari sudahpun berlalu, namun wang masih belum dikembalikan seperti dijanjikan.

Menerusi Insta Story, Kim Seri atau nama sebenarnya, Seri Azlina, menyatakan dia memahami kekecewaan pihak terlibat dan meminta sedikit lagi masa untuk menyelesaikan bayaran semula.
Sebelum ini, Kim Seri pernah berjanji untuk menyelesaikan semua tuntutan dalam tempoh dua bulan iaitu sebelum Februari 2025, namun sehingga kini, masih tiada perkembangan positif.
Sebelum ini, beberapa individu yang menggunakan servis pelancongan Kim Seri ke Korea Selatan mendedahkan bahawa mereka masih belum menerima bayaran balik yang dijanjikan.
Ada juga yang mendakwa, Kim Seri telah keluar daripada kumpulan WhatsApp dan menyekat akaun media sosial mangsa, menyebabkan mereka tidak dapat menghubunginya untuk mengetahui status terkini pembayaran semula.
