Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh negeri bermula 8 hingga 11 Disember ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan yang terbabit bermula lapan hingga 11 Disember ini ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Hulu perak, Perak, Kelantan dan Terengganu.
“Manakala amaran turut diberikan di Pahang membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta di Johor iaitu di Mersing dan Kota Tinggi, bermula 9 hingga 11 Disember ini.
“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.
