Los Angeles: Bekas pemain gitar My Chemical Romance (MCR), Bob Bryar, 44, ditemui meninggal secara tragis di kediamannya di Tennessee pada Rabu lalu.
Mendiang ditemui pihak Pengawal Haiwan yang melawat rumahnya untuk mengambil dua anjing sebelum terjumpa mayat lelaki itu dalam keadaan sudah mereput.

Polis mengesahkan tiada unsur jenayah berlaku dan punca kematian sebenarnya kini sedang diperiksa pakar perubatan.
Bryar dikhabarkan kali terakhir dilihat pada 4 November lalu.
Mendiang adalah pemain dram paling lama bersama MCR dan menjadi anggota kumpulan itu sejak 2004 menggantikan Matt Pelissier.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada MCR sendiri berhubung pemergian bekas anggotanya itu.
Bryar aktif terbabit siri jelajah MCR dan banyak menyumbang dalam penghasilan album hit The Black Parade.
Dia bagaimanapun mengumumkan pengunduran daripada kumpulan itu pada 2010. Kemudian disusuli dengan persaraannya dalam bidang muzik pada 2014.
Bryar membuat keputusan itu kerana mahu menceburi bidang hartanah dan penyelamat haiwan.
Pada 2015, Bryar pernah berkongsi ciapan bahawa dirinya berdepan kemurungan, amarah, dan tekanan.