Tular di media sosial produk Sambal Nyet Berapi hasil air tangan pempengaruh media sosial, Khairul Aming (KA) didakwa diciplak dan dijual di platform e-dagang Shopee.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Lut ッ memuat naik beberapa keping gambar memaparkan reka bentuk botol menyerupai sambal yang dijual oleh KA.

Botol itu mempunyai pelekat berwarna merah, sama seperti pelekat yang digunakan oleh KA namun nama sambal tersebut telah ditukar kepada Sambal Nyet Khairi

Dalam berniaga, sepatutnya penjual perlu bersikap jujur. Jangan ambil kesempatan meniru produk orang lain! Kesian KA penat berusaha dari bawah, ada pula individu yang menumpang nama.


Sumber: Facebook Lut ッ