PUTRAJAYA, 12 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah selepas hadir ke sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 153 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 4,683 kes dan terdapat tiga kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 76 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
Tahniah kepada Ketua Pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dikurniakan Darjah Penglima Setia Mahkota (PSM) yang telah membawa gelaran Tan Sri hari ini. Dr Noor Hisham menerima Darjah PSM yang telah berlansung di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.
Tan Sri Noor Hisham ini merupakan seorang doktor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Bidang Surgeri dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah menjawat jawatan sebagai perkhidmatan awam semenjak Ogos 1988 lagi.
Tan Sri Noor Hisham dinamakan sebagai antara 3 Doktor terbaik dunia di atas kewibawaannya. Tahniah Tan Sri !!