”Kalau Isteri Terima Kau Waktu Kau Tak Punya Apa, Kau Jagalah Dia Elok-Elok Bro”, Pesanan Lelaki Ini Buat Semua Suami

Gambar sekadar hiasan. Perkahwinan merupakan penyatuan dua hati. Bila sudah memilih untuk berkahwin, sudah tentulah kita menerima pasangan itu seadanya. Namun, lumrah manusia setelah memiliki tidak pandai untuk menghargai.

Seringkali kita melihat kes seperti suami mula berubah hati. Setelah pelbagai susah senang dilalui bersama, mudahnya mencari pengganti. Pengorbanan isteri yang setia di sisi seolah tiada nilai lagi. Benarlah pepatah, isteri diuji bila suami tidak mempunyai apa-apa, suami diuji bila dia memiliki segalanya.

Coretan oleh Amir Syahir melalui laman facebook ini diharap dapat membuka mata para suami di luar sana, agar lebih menghargai isteri yang sanggup bersusah senang bersama anda. Sedar atau tidak walau isteri itu punya banyak kekurangan, namun merekalah tulang belakang yang sentiasa menolak suami ke depan.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

“Abang. Sayang tak minta kemewahan. Tapi cukuplah Abang sentiasa bahagiakan Sayang, setia dan jujur. Sayang cuma nak Abang jaga keluarga kita dan mencari rezeki yang halal.”

Di awal perkahwinan, kewangan suami masih tidak stabil. Jadi, isteri yang baik akan memahami keadaan kewangan keluarga dan tidak minta benda bukan-bukan yang membebankan suami.

Ada golongan isteri yang tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan suami yang belikan. Beg tangan, kasut sampai koyak pun dia tak mengadu lagi minta ganti. Selagi boleh guna, dia akan guna. Kalau dia nak beli baru pun, dia gunakan duit sendiri je tanpa mengharapkan suami. Kerana dia tahu kemampuan suaminya sampai mana.

Tidur pun beralaskan toto. Makan bersila, sofa takde. Tak pernah minta suami belikan televisyen meskipun dia kesunyian saat suami dan anak-anak keluar bekerja dan ke sekolah.

Rumah sempit, hidup serba kekurangan tetapi bahagia. Indah. Hati pun lapang dan tenang. Asalkan suami dan anak-anak sentiasa berada di sisinya.

Isteri yang baik menerima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali kita.

Jika isteri jenis yang faham keadaan suami ni, kau jaga la dia elok-elok. Sayang dan setia lah dengan dia. Jangan pernah terfikir nak cari yang lain. Cintailah dia sepenuh hati kau. Susah nak jumpa yang jenis macam ni. Sanggup bersusah senang bersama-sama ni.

Dan jika suatu hari nanti Allah berikan kita rezeki yang lebih, jangan sesekali lupakan isteri yang sentiasa bersama kita saat kita tidak punya apa-apa dulu. Bersyukurlah kerana isteri dan anak-anak, rezeki kita semakin bertambah.

Tahniah buat para isteri yang sentiasa memahami keadaan suami. Yang sentiasa bersama-sama dengan suami saat susah dan senang. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua.

sumber: Siakapkeli.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *