Video Kanak-kanak Membebel Pada Bapanya Catat Lebih 1.5 Juta Tontonan!

Sebuah video yang menyaksikan seorang kanak-kanak berusia dua tahun membebel pada bapanya tular di laman sosial.

Video berdurasi 58 saat itu memaparkan seorang bapa sedang makan sambil melayan anak lelakinya yang cuba bercakap dan memberitahu sesuatu.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Fayyadh itu masih belum pandai bercakap tetapi tetap bersungguh untuk menceritakan sesuatu kepada bapanya.

Bapanya yang tidak faham dengan pertuturan Fayyadh itu dilihat tetap melayan kanak-kanak tersebut.

Menurut ibunya, Siti Fairuz Al-Aziz, Fayyadh memang suka bercakap dan seorang anak yang peramah.

Video yang dikongsi Siti Fairuz itu telah ditonton lebih 1.5 juta pengguna laman sosial selain mendapat sebanyak 38 ribu likes.

Rata-rata penonton amat terhibur dengan telatah Fayyadh selain ada di antara mereka yang menyifatkan dia sebagai kanak-kanak yang bijak.

Berikut kami kongsikan video Fayyadh yang telah mencatat lebih daripada 1.5 juta tontonan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *