Niat Seorang Lelaki Bertatoo Ini Mahu Beribadat , Tetapi Dihalau . Apa Yang Berlaku Selepas Itu ?

Alhamdulillah – Di halau semasa mengambil wuduk kerana lengan dan badan bertatoo
Barakallah Bhai, tiada siapa yang sempurna sementelah aku yang sememangnya dahulu di zaman jahilnya berakhlak buruk, nasib baik jumpa dengan Dakwah Tabligh semasa di Kolej, itu pun beberapa kali slek pastu josh balik pastu slek balik pastu josh balik…
Harap harap kali ni takda slek lagi….Doa kan Bhai..!

Aku memohon maaf kepada sahabat sahabat rakan rakan dan adinda adinda yang aku kasihi seperti Ejay M. Daud , Ustaz Ahmad Farkhan – Khann Daie , Ustaz Abdullah Hj RashidiMaulana Helmi , Ustaz Najib Jingo , Ustaz Aznil Zulkifli dan semua takala aku ni Ter Josh….memang bahaya kalau terjosh…tanpa kita sedar kita (aku lah) telah menguriskan hati mereka semua dengan kata kata Josh atau kelakuan Josh yang tak sepatutnya.
Memang benar lah, setiap Jemaah memerlukan adanya Ulama atau alim, orang tua dan orang muda baru lah sempurna.

Jazakallah Khir kepada guru kami Maulana Helmi yang sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar….jasa mu di kenang (ayat gomen)
Bhai, kita lupakan perkara Josh, aku nak cerita berkenaan seorang sahabat baru, beliau baru kami kenal semasa kami Khuruj 3 hari di Pulau Perhentian minggu lepas, orangnya baik dan sentiasa tenang, namanya Kin Ramdan.

Cerita
Sememangnya aku tertunggu tunggu untuk bersua muka dengan seorang kenalan baru yang sebulan yang lepas aku hanya menegenali melalui alam maya iaitu facebook dan Whatsap, kami tak pernah bersua muka, hanya beberapa kali beliau menelefon aku untuk bertanya khabar dan meluahkan perasaan serta meminta pandangan.
Orangnya bertubuh sederhana, berkulit sawomatang dan berasal dari Singapore dan bertatoo di lengan dan badan.

Kisahnya bermula sebulan yang lepas, lebih kurang sebulan yang lepas aku ada postkan photo seorang remaja bertatoo dan memakai serban bersama sahabatnya, photo ini telah mencuit hati sahabat kita Kin Ramdan yang berada di Singapore. Kalau tak silap tajuk artikel yang aku nukilkan tu bertajuk “Keburukan di tukar kepada Kebaikan”…

Lebih kurang dalam pukul 12 malam semasa aku menulis dan membuat rangka untuk artikel seterusnya tiba tiba meseg inbox aku telah popup dan aku terus membukanya….ianya sebuah meseg dari seorang lelaki yang aku tidak kenali.

Kata beliau…” Bang saya Jahil dan saya nak belajar agama dan semuga saya dapat bantuan abang untuk kembali kepada Islam” dan tak lama kemudia sekitar jam 2 pagi beliau menelefon aku memperkenalkan diri dan menceritakan segala galanya akan kisah hidupnya, apa yang paling menyentap hati dan perasaan aku ialah bila mana beliau memberitahu yang beliau inginkan hidup beragama dan kembali menjadi seorang Islam yang sebenar.

Kami bersembang panjang dan aku keras kan mata walaupun mengantuk dengan niat dan tujuan untuk menenangkan hatinya, beliau menceritakan lagi bahawa beliau telah lama berkeinginan untuk kembali kepada hidup beragama tetapi tiada kawan yang dapat membimbingnya serta rakan yang boleh di ambil sebagai iktibar untuk kebaikan.

Cerita Kin Ramdan, beliau lahir di Singapura dan di besar kan di Singapura, ibu bapanya berpisah semasa dia masih di bangku sekolah rendah dalam sekitar usia 10 tahun dan beliau hanya mempunyai seorang adik lelaki.

Menjalani hidup tanpa bapa dan hanya mempunyai ibu yang sibuk bekerja menyebabkan beliau menjadi liar dan di dalam usia remaja sekitar 15 tahu beliau telah mula terlibat dengan kehidupan sosial yang liar sehinggalah kepada pengambilan najis dadah.

Beliau mengharungi kehidupan tanpa bimbingan dari seorang bapa dan juga nasihat dari sesiapa, meninggalkan bangku sekolah menengah beliau mula bekerja di Hotel hotel di Singapura dan oleh kerana meminati bidang masakan akhirnya beliau mula melibatkan diri menjadi Kitchen Assistance dan akhirnya Chef untuk masakan Eropah.

Kehidupan moden yang tiada sekatan telah membawa dirinya merantau ke Geneva Switzerland beberapa tahun, di sana beliau hidup seperti seorang yang bukan Islam, minum arak setiap hari dan tidak pernah memikirkan tentang kehidupan selepas mati.

Selepas beberapa tahun di Geneva akhirnya Kin Ramdan kembali ke Singapura dan meneruskan kerjayanya sebagai Chef di sebuah Café & Bistro 5 bintang dan kehidupannya masih seperti bukan Islam.

Setelah pulang ke Singapura tak lama kemudian beliau mendirikan rumah tangga dan mendapat seorang cahaya mata perempuan, kehidupannya yang agak bebas tanpa memperdulikan agama dan keluarga akhirnya telah meruntuhkan mahligai yang di bina dan mereka berpisah.

Penceraian dan perpisahan dengan isteri dan anak perempuannya telah menyebabkan beliau menjadi semakin tidak terkawal dan dengan perasaan kecewa yang mendalam pernah satu ketika beliau tidak menghiraukan lagi akan hidupnya sehingga lah pada suatu hari beliau di nasihati oleh kawannya supaya tidak terlalu menggikut perasaan kecewa dan beliau di tunjuki oleh kawannya akan laman Facebook Ali Russia (Street Dakwah Writer)

Bhai, cerita Kin Ramdan lagi hampir setiap hari beliau membaca artikel artikel cerita Dakwah dari laman Facebook Ali Russia dan ianya sangat sangat memberi galakan dan dorongan kepadanya untuk berubah serta mencari kehidupan beragama, cerita cerita di dalam artikel yang di tulis terutamanya kisah kisah mereka yang dahulunya jauh dari agama yang mana bila mereka mulai keluar Khuruj di Jalan Allah dan telah membuatkan mereka berubah 100% dan cerita cerita ini telah menyebabkan Kin Ramdan berfikir…”mengapa aku tidak boleh berubah, aku bukannya jahat sangat..”

Akhirnya beliau membuat keputusan untuk mulakan dengan hijrah iaitu berpindah dari Singapura dan tinggal di Malaysia iaitu di Johor Bahru.
Beliau mengambil tindakan nekad dengan berpindah dan tinggal di Johor Bahru dengan tujuan untuk mengelak dan bergaul dari rakan rakan yang dahulunya setiap hari minum arak dan melakukan perkara yang bertentangan dengan agama. Kata Kin Ramdan lagi maksudnya hanya satu pindah ke Johor Bahru iaitu untuk selamatkan iman….

Allahuakhbar…!!!
Kin Ramdan saban hari berulang alik dari Singapura dan Johor Bahru, di waktu pagi beliau memasuki Singapura untuk bekerja dan bila habis kerja beliau akan cepat cepat pulang ke rumah sewanya di Johor Bahru.

Bhai sambung Kin Ramdan lagi, satu peristiwa telah berlaku di salah sebuah Masjid di Johor Bahru bilamana beliau cuba untuk Solat.
Oleh kerana ingin berubah Kin Ramdan telah memberanikan diri untuk Solat dan beliau telah pergi pada satu Masjid, semasa mengambil wuduk beliau telah di datangi oleh seorang Pakcik dan Pakcik tersebut telah memarahi dan menghalaunya dari Masjid, kata Pakcik itu kepadanya bahawa kamu tidak boleh Solat kerana tidak sah wuduk dan solatnya di sebabkan Tatoo yang ada di lengannya, Pakcik tadi telah menghalaunya keluar dari Masjid.

Kata Kin Ramdan beliau sangat sangat merasa kecewa dan putus asa dengan kata kata Pakcik tadi, dan sehinggalah pada suatu hari beliau membaca satu artikel dan melihat satu photo di lamam wall Facebook Ali Russia, artikel dan photo yang di postkan menceritakan bagaimana seorang anak remaja yang bertatoo di tangan sehingga lah kemuka tetapi memakai serban dan jubah…Kata Kin Ramdan di dalam hatinya…”kalau lah budak muda bertatoo ini Allah boleh terima masakan aku Allah tidak terima” lalu beliau mengirimkan meseg kepada aku seperti yang aku ceritakan di atas tadi.
Allahuakhbar….Bhai, Allah Kuasa Makhluk Tiada Kuasa…!!!

Bhai, Kin Ramdan menelefon aku jam 1 pagi…kami bersembang dan ini telah membuatkan hati aku hancur luluh kerana beliau begitu bersungguh sungguh untuk kembali kepada agama.
Kepala aku bagaikan nak pecah bila memikirkan akan Takaza ini, dan aku kata kepada diri aku…”Malam ini Allah dah bagi satu kerja dan Takaza Agama, Umat perlu di selamatkan”….aku pantas membelek belek wassap group dengan tujuan mencari siapakah rakan seusaha yang tinggal di Johor Bahru…sedang aku mencar cari senarai nama mereka yang tinggal di Johor Bahru tiba tiba Allah bagi jalan dan ilham…lalu aku menghantar beberapa meseg kepada mereka yang aku rasa munasib untuk berjumpa dengan Kin Ramdan secepat mungkin.

Meseg aku di jawab oleh seorang sahabat iaitu Ustaz Najib Jingo dan kebetulan Ustaz Najib Jingo bersama sama dengan Dato Dr. Hasan Ali ketika itu sedang menuju ke Johor untuk membuat Khususi bagi mengeluarkan Jemaah VIP dan Artis, lalu aku menceritakan segala gala kepada Ustaz Najib Jingo.

Dato Dr. Hasan Ali dan Ustaz Najib tanpa berlengah terus memecut kenderaan mereka dan menuju ke Johor Bahru dan Alhamdulillah mereka telah Berjaya berjumpa dengan Kin Ramdan, mereka membawa Kin Ramdan ke sebuah kedai makan lalu memberi Targrib dan mendakwahkan akan Kebesaran Allah kepada beliau….

Dan pada malam itu juga kami telah membuat Tasykil kepada Kin Ramdan untuk keluar Khuruj Dakwah Tabligh bersama kami…dan akhirnya hari ini Kin Ramdan telah bersolat dengan penuh keinsafan di Pulau Perhentian di sebuah Masjid dimana kami telah membawanya keluar 3 hari bersama sama kami.

Alhamdulillah…kini wajah Kin Ramdan berseri seri selama 3 hari di Jalan Allah bersama kami dan sentiasa bersemangat untuk khuruj lagi.
Semuga Allah mengambil Kin Ramdan menjadi Daie NYA dan mati di dalam usaha agama.
Wallahwaalam

Psst : Bhai ramai yang tahu ilmu agama tetapi tidak ramai yang fakeh tentang agama, di luar sana ribuan lagi manusia yang hidupnya sama seperti Kin Ramdan….saper nak jawab ni…!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *