“BERSYUKURLAH DATO’ ORANG LAIN ADA LAGI SUSAH DARI DATO’ – DATUK ALIFF SYUKRI DIKECAM KERANA STATUS BONGKAK DI INSTAGRAM

“Azab sangat rasanya…”

Demikian kata pengasas produk D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengenai kediaman sementara yang didudukinya sekarang sebelum rumah barunya itu siap dibina.

Dato Aliff menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik gambar rumah banglo miliknya yang mempunyai 30 bilik dengan kapsyen yang mengundang kecaman.

Kapsyen Dato Aliff itu telah membuatkan sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan sikapnya yang menunjukkan kemewahannya.

“Nampak saya tak? cer cari saya di mana?? ni bukan side utama depan rumah saya ni side tepi laluan basement parking bawah tanah dan bilik,” tulisnya di laman sosial Instagram miliknya.

“Penantiaan itu satu penyeksaan lagi 35 pratus nak siap.. tak sanggup dah duduk rumah sekarang, azab sangat rasanya… bilalah rumah saya ni nak siap,” tulis Datuk Aliff di IGnya.

Dalam masa sama, netizen menggangap bahawa kapsyen yang ditulis oleh Datuk Aliff seperti seorang yang riak dan tidak tahu erti syukur dengan apa yang sudah beliau ada jika dibandingkan dengan nasib sesetengah orang yang serba serbi kurang.

Terdahulu, ramai netizen mempertikaikan tindakan Datuk Aliff selepas meletakkan kucingnya di dalam tandas hingga banyak kecaman diterima.

Mungkin Datuk Aliff tidak bermaksud untuk menunjuk kemewahan tetapi menunjukkan masalah dihadapinya. Apapun, kami harap Datuk Aliff bersabar dengan semua ini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *