Pencapaian Terkini Bekas Pelajar Cemerlang 17A1 SPM 2004 Yang Cukup Membanggakan Di Luar Negara!

Beberapa hari kebelakangan ini, kembali viral dengan nama Nur Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM 2004 yang ditaja Bank Negara Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara.

Sejak Oktober 2015 hingga sekarang, beliau tekun menjalani surgical trainee di The Royal College of Surgeons of England dan dikatakan berhasrat menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik, suatu hari nanti.

,

 

Dr. Amalina Bakri, 30, merupakan graduan lulusan University of Cambridge dan pernah menimba pengalaman di Cambridge University Hospitals NHS Foundation Trust pada tahun 2013-2015.

Mengambil inspirasi siri drama tv Amerika kesukaannya, Grey’s Anatomy, Dr. Amalina tekad mencapai cita-citanya dengan bersungguh-sungguh. Di antara pencapaian terbaiknya di sana adalah:

1) MPhil/PhD, Translational Medicine and Therapeutics (University of Cambridge) 2017
2)Master of Philosophy (MPhil), Medical Clinical Sciences/Graduate Medical Studies (University of Cambridge) 2015
3)Harvard Sub-Internship Programme, Medical Elective, Maternal Fetal Medicine, Gynecology Oncology and Surgical Oncology (Harvard Medical School) 2013
4)Medicine (MBChB)- MD (The University of Edinburgh) 2013
5)BMedSc Pharmacology (Hons) with Industrial Experience (The University of Edinburgh) 2010
6)BMedSc Pharmacology (Hons), ERASMUS Exchange (Universiteit Leiden / Leiden University) 2010

Kejayaan dan pencapaian Dr. Amalina Bakri sesungguhnya amat membanggakan wanita Malaysia. Sebutir bintang kejora yang berkilauan dari jauh, mengagumkan dan mengharumkan nama negara.

.

.

 

 

Selain komited dengan tugasnya, Dr. Amalina juga amat meminati bidang sukarelawan dan pernah berkhidmat secara sukarela sebagai doktor perubatan di Meru District Hospital, Tanzania selama 3 bulan.
Beliau juga secara sukarela turut menjadi guru Bahasa Inggeris di Tanzania dan Zanzibar pada tahun 2010.

Tidak cukup dengan itu, dengan gaya Dr. Amalina yang kelihatan cukup fashionista. Rambut lurus hitam dan panjang mengurai menyempurnakan penampilan wanita pintar ini yang bertubuh langsing.

jom kita tengok beberapa foto-foto beliau yang diambil dari laman Instagramnya.

.

.

Biodata Amalina Che Bakri

Nur Amalina Che Bakri (lahir 7 Disember 1987, Kota Bharu) merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalab Pengarah di DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar bedah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik.

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1987, anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Beliau dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s di Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bahru (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6).

Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Beliau pernah menyertai 50 pertandingan di sekolahnya. Antaranya ialah: Sayembara puisi, lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah dan bersajak. Beliau pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 besertakan Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad.

Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program televisyen yang kelihatan realiti seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel. Ini kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi kepada beliau. Beliau sentiasa melayari Internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat mereka.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya.

Beliau melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 di Cheltenham Ladies College dan medapat 5A dalam program A-Level. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perubatan di University of Edinburgh, Scotland pada September 2007. Semasa di University of Edinburgh, Amalina memperoleh satu lagi ijazah, iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi pada Julai 2010 semasa dalam pengajian ijazah sarjana muda perubatannya. Beliau akhirnya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada Julai 2013.

Pengajian beliau dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia di bawah Program Biasiswa Kijang Emas.

Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.

Selepas menamatkan pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013, beliau telah melanjutkan pengajian dalam Masters of Philosophy (MPhil) in Translational Medicine and Therapeutics (TMAT) di University of Cambridge dan menjalani latihan sebagai doktor junior di Hospital Universiti Cambridge selama 2 tahun sebelum memulakan latihan sebagai seorang doktor pakar bedah kelak. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya 6-7 tahun untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik. Nur Amalina telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Kelas Pertama pada pertengahan 2015.

Seterusnya, beliau telah meneruskan pengajian di Imperial College London pada Ogos 2015 untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dan felo akademik klinikal di bawah naungan NHS Healthcare Trust. Beliau terlibat dalam pengkhususan payudara, plastik dan pembedahan awam dan telah berkhidmat di Hospital St Mary, Hospital Chelsea & Westminster dan Hospital Charing Cross.

Sumber :Sweetnutella

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *