Tarikh Pembayaran BRIM 2018 !

Maklumat penting buat semua pemohon BRIM atau Bantuan Rakyat 1Malaysia, berikut dikongsikan jadual pembayaran BR1M 2018 juga panduan semakan status permohonan BR1M secara online.

Untuk makluman, Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini mengumumkan kadar maksima BR1M dikekalkan sebanyak RM1,200 bagi penerima kategori 3 iaitu isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2018
Berikut adalah jadual pembayaran BR1M 2018 mengikut kategori.

1. Kategori 1 : Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

Jumlah Bantuan RM450

Februari 2018 : RM450

2. Kategori 2 : Isi rumah (Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan)

Jumlah Bantuan RM900

Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018
Ansuran Kedua : RM300 : Jun 2018
Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018

3. Kategori 3 : Isi rumah Pendapatan Bawah RM3k

Jumlah Bantuan RM1,200

Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018
Ansuran Kedua : RM400 : Jun 2018
Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BR1M 2018

1) Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.

2) Waris perlu membawa dokumen berikut:

Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
Kad Pengenalan Asal Waris
Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah kaedah pembayaran BR1M 2018 melalui beberapa kaedah pembayaran seperti berikut:-

1. Akaun Bank
Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.

2. Baucar BR1M
Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Senarai Bank Yang Terlibat Untuk Pembayaran BR1M 2018

-AFFIN BANK
-AGRO BANK
-ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
-AM BANK BERHAD
-AL RAJHI BANK
-BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
-BANK RAKYAT
-MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
-BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
-CIMB BANK BERHAD
-CITIBANK BERHAD
-HONG LEONG BANK
-HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
-MAYBANK
-OCBC BANK
-PUBLIC BANK BERHAD
-RHB BANK BERHAD
-STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
-UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 2018

Semakan status BR1M 2018 boleh dibuat portal rasmi eBR1M.

Masukkan nombor kad pengenalan dan jawab beberapa soalan yang ditanya, kemudian keputusan permohonan akan dipaparkan

Nota Penerangan Status Permohonan

1) Didaftarkan: Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini

2) Diterima: Permohonan Telah Dikemaskini berdasarkan borang yang diterima

3) Dalam Proses: Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan

4) Ditangguhkan: Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan semasa tempoh rayuan

5) Lulus: Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya

6) Tidak Lulus: Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya

7) Status Kredit Tidak Berjaya: Surat makluman lulus Gagal
Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

SYARAT KELAYAKAN BRIM 2018

1) Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja

2) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

3) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

4) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

NOTA: Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

9 SEBAB PERMOHONAN BR1M GAGAL

Berikut antara sebab utama kenapa permohonan BR1M anda gagal.

-Maklumat tanggungan yang tidak tepat.

-Tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin.

-Memohon lebih dari satu kali (suami/isteri membuat permohonan berasingan).

-Tidak menyertakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan.

-Pelajar yang layak menerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia bagi sesi 2017/2018.

-Tidak melaporkan pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan makan gaji.

-Pemohon yang menetap / bekerja / belajar di luar negara.
Penerima BR1M sejak 2015 yang tidak mengemaskini maklumat bagi tempoh 3 tahun.

-Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama, nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.

PROSES VERIFIKASI BR1M

Maklumat pemohon akan disemak dan disahkan dengan agensi-agensi berikut bagi menetukan sama ada pemohon layak atau sebaliknya.

-Jabatan Pendaftaran Negara
-Jabatan Akauntan Negara
-Polis Diraja Malaysia
-Angkatan Tentera Malaysia
-KWSP
-Kumpulan Wang Persaraan
-SSM
-JPJ
-Jabatan Agama Islam Negeri
-Kementerian Pendidikan Tinggi
-Kementerian Pendidikan Malaysia
-Kementerian Luar Negeri

Kesemua agensi tersebut akan membantu BR1M membuat proses verifikasi maklumat pemohon. Jika maklumat yang diberikan tidak benar, maka permohonan akan ditolak serta merta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *