Sila Berhati-Hati!! Luahan Seorang Wanita Yang Pernah Dirogol Oleh Sami India Dalam Mimpi !

Hai semua. Nak story pasal kisah aku dulu dulu. Kejadian ni tak seram sangat, Cuma nak berkongsi pengalaman aku je. Agak panjang, tapi tiada sambungan don’t worry hehe. Masa tu, aku baru 18 tahun and gedik sangat nak belajar kat Universiti sedangkan result aku agak teruk. Dah nak sangat belajar, abah aku daftarkan aku di sebuah kolej swasta di utara tanah air. Kolej tu rumah kedai je. 1 blok di ambil buat kolej, selang beberapa blok, adalah hostel perempuan, jugak rumah kedai.

Hostel ni macam apartment jugak la, Cuma takda dapur. Ada 6 bilik, 1 ruang tamu, 2 toilet dan ruang sidai baju depan toilet. Dengar cerita, hostel kami ni dah lama xda orang duduk. Kira baru dibuka untuk bagi student duduk. Tak kesah la kan masa tu, sebab ramai2. Aku ditempatkan dengan sorang kakak ni di bilik untuk dua orang, di bilik paling hujung sebelah toilet. Bilik aku pulak bukak je pintu Nampak ruang sidai baju.

Bilik2 kami di hostel tu dipisahkan dengan partition board je. So bahagian atas bilik terbukak. Kiranya kalau orang bilik sebelah bukak lampu, bilik aku pun cerah sekali la. Kalau nak ajak makan, jerit je.. Wei hampa nak makan dak?? Haa nanti ramai la yg jawab. Gitu… Setiap bilik ni, ada kipas berdiri tu. Taktau aku nak namakan kipas ni. Kipas berdiri la kan? Standing fan? Takkan nak bagi nama Atan plak. Kipas ni disediakan 1 je setiap bilik. Hanya bilik aku, ada kipas siling, tu pun rosak. Diulangi ROSAK. Kedudukan kipas tu plak, betul-betul atas katil aku. Kalau baring, memang tengok kipas la aku.

Kisahnya, kakak bilik aku ni seorang minah rempit. Malam2 memang dia tak lekat kat bilik. Pergi merempit. Tak pun dia tidur bilik orang lain. So mostly malam2 aku sendirii~ Tanpa cintamu lagii woo woo.. Mesti korang nyanyi kan? Seram jugak. Bukan sebab suara korang nyanyi. Sebab aku memang penakut tido sorang. Plus nama pun muda rumaja. Tido pakai sesuka hati. Bilik paling hujung. Sadis. Belakang hostel aku ni, sekolah menengah. Kalau sapa tau, diam2 je la ye. Kolej ni pun dah tutup.

Ok, aku cerita yang aku ingat je la ye. Satu malam tu, aku dah tido, tiba2 terjaga. Tengok jam kul 2 ke 3 pagi tah. Tak berapa ingat aku. Terasa bahang, walaupun kipas berdiri tu memang menghala kat aku sorang. Aku pun terkebil2 tengok kipas atas siling tu. Pejam, tutup, pejam tutup mata aku sebab nak paksa tido. Berpeluh pun ye. Dalam hati pikir, kalau laa kipas ni tak rosak, kan best, sejuk je. Lepas pikir camtu, aku pejam mata. Aku bukak balik. Guess what???

Kipas tengah berpusing lajuuuuuuuuuuuu. Terkejut aku. Tah mana dapat kekuatan aku lari keluar bilik, and lari ke bilik kawan sebelah. Nasib dia tak kunci bilik. Dari bilik kawan aku tu, aku nampak kipas tu still berpusing.

Yela kan bilik kiteorang di pisahkan dengan partition je kan, so board partition tu tak sampai siling pun. Takut punya pasal, aku himpit kawan aku. Pastu aku try tengok kipas bilik aku lagi. Tengah slow down nak berhenti. Aku pejam and bukak balik mata. Eh dah berhenti. Masa tu lega sikit. Plus rasa berani sikit sebab ada kawan aku tido sebelah. So aku tido sampai pagi. Pagi2 kawan aku tanya, knapa lari. Aku jawab takda pa pe. Lama jugak aku tak tido bilik aku. Haha. Amek tilam tido bilik member lain.

Satu hari ni, member bilik depan sikit dari bilik aku, tertinggal kunci dalam bilik. Roommate dia yang lain semua balik kampong. So, aku balik kelas tu, tengok ramai pulak berkumpul depan bilik dia dok pusing tombol. Try kunci bilik dorang kat tombol tu. Tak boleh jugak. Disebabkan nak ke bilik aku kena lalu dorang yang ramai2 tu. Aku try la pusing tombol. Aik, terus terbukak pintu bilik member aku tu. Member lain semua pakat “Waaaa terer aaaaaaa”. Depa taktau, aku pun taktau apa aku dah buat sampai tombol tu terbukak.

Kejadian2 ni semua aku tak sedar pun ada kena mengena dengan makhluk lain. Cuma aku sedar, aku selalu kena tindih masa tido. Kena tindih, normal la kita lawan kan. Masa lawan aku dengar India bercakap. Uii.. ramai, bingit telinga aku. Tak paham wei, hampa cakap apa kat telinga aku. Wuuu. Satu malam tu, tengah tido, aku terjaga, taktau la terjaga betul atau tengah mimpi. Aku perasan aku terapung. Aku pusingkan badan aku, and terkejut aku sebab aku Nampak “AKU” tengah tido atas katil. Sebab terkejut, aku yang terapung tu jatuh atas badan aku sendiri atas katil. Aku automatic terjaga.

Tapi aku husnudzon. Ingat mimpi. Aku whateverkan mimpi tu. Selalu sangat mimpi terapung tu. Yang paling aku tak boleh lupa, aku selalu mimpi dirogol beramai2 oleh segerombolan India zaman dulu.

Pakai cawat putih, tak berbaju, janggut panjang, rambut panjang, ada line2 kat dahi macam ceti. Dalam mimpi tu aku meronta2 tapi ramai2 dorang pegang tangan kaki aku and rogol aku ramai2. Macam sami india. Taktau la nak cakap. Too real mimpi tu sampai bangun aku terus mandi wajib. Risau. Banyak kali aku mimpi gitu. Suasananya macam kat dalam kuil.

Masa kejadian2 ni berlaku, parents aku perasan, aku jadi pemarah. Sangat2 baran. Aku tak perasan. So parents aku yang sememangnya kenal aku, bawak aku jumpa sorang pakcik ni. Pakcik ni saudara abah aku. Aku memang taktau yang aku akan diubati.

Tapi beberapa hari sebelom aku dibawa jumpa pakcik ni, aku perasan yang aku asyik mengamuk. Baling2 barang. Benda tu tau dia akan dibuang. Jadi, masa hari berubat tu, masuk je rumah pakcik tu, pakcik tu suruh aku baring dan aku diselimutkan dengan kain putih dari hujung rambut ke hujung kaki. Pakcik tu pun mulakan proses pengubatan. Dia panggil benda2 yang berdamping dengan aku.

Lepas rawatan biasa la, kena mandi limau etc etc. Jadi pakcik tu cerita la dengan parents aku. Aku tau pun parents aku cerita. Pakcik tu panggil la yang berdamping dengan aku. Tau apa yang datang??? 3 ekor, bangsa India, pakai cawat, 3 line putih kat dahi. Dorang cakap nak kawan je. Pakcik tu cakap mana boleh kawan dengan aku. 3 ekor ni cakap, dorang sayang aku, sebab selalu duduk sorang2. Pakcik tu suruh tinggal jugak aku, dorang berdegil nak stay dengan aku.

Terjadi la kejadian tepis menepis,cekak mencekak di antara pakcik tu dan makhluk 3 ekor ni. Patut aku dengar pakcik tu dok “Huish!!!” Huish huish. Anak pakcik tu pun dok huish huish. Siap tepuk lantai lagi. Ketegaq betul, pakcik ni panggil ketua dorang. Haaa dia mai dah, lagi banyak wei line kat dahi. 6 line putih. Bapak punya ceti. Kepala timun betul. Pakcik suruh ketua tu ambil balik anak2 buah dia yang degil tu.

Lepas berubat tu, pakcik tu tanya aku. Ada tak kejadian2 yang mana aku rasa susah, tapi tiba2 benda tu jadi senang. Aku cakap la tak ingat. Pakcik tu cakap, kalau aku ingat, memang ada, benda tu tolong aku. Balik tu baru teringat kisah kipas, and tombol pintu. Huhu baiknya korang kan. Lepas berubat tu, aku tak kena tindih dah. Tak dengar dah orang cakap2 tamil kat telinga.

Kawan mama aku, seorang ustazah cakap, nasib mama aku bertindak cepat bawak aku berubat, sebab, benda2 tu selalu puja roh aku untuk tinggalkan badan aku untuk tinggal dengan dorang di alam dorang. Sebab tu aku selalu mimpi terapung tu. Ustazah tu husband dia adalah seorang ustaz yang pandai mengubat orang. Nasib Allah tak izinkan. Alhamdulillah.. Kalau tak, maybe sekarang aku tengah pakai sari….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *