Inilah Sejarah dan Asal Usul Rosmah Mansor Yang Ramai Tidak Tahu….Baca Sampai Habis Dulu Sebelum Korang Nak Komen Bukan-Bukan….

Yang Amat Berbahagia, Datin Paduka Seri Hajjah Rosmah binti Mansor ialah isteri kedua kepada Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 10 Disember 1951. Selain itu, beliau juga merupakan bekas Canselor Universiti Selangor (UNISEL).

PENDIDIKAN

Rosmah mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Selain itu beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti badminton, hoki dan bola jaring. Beliau juga sukakan hiburan dan selalu mengambil bahagian dalam nyanyian, tarian dan lakonan semasa di sekolah.

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang antropologidan sosiologi. Selepas menamatkan ijazah, beliau menyertai Bank Pertanian Malaysiasebagai eksekutif pada tahun 1975. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Negeri Lousiana, Amerika Syarikat, dan berjaya mendapat Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian.

Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.

KELUARGA

Beliau merupakan isteri kedua Najib. Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anak, Norashman dan Nooryana Narjawa. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Riza dan Azrene Soraya hasil daripada perkahwinan beliau yang pertama dengan Abdul Aziz, berasal dari Perak. Ibu beliau berasal dari Kampung Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan.

ANUGERAH

Datin Seri Paduka Rosmah Mansur telah banyak menerima pelbagai anugerah dan pingat jasa daripada pelbagai pihak dari dalam dan luar negara, salah satunya ialah Anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa daripada Majlis Perniagaan bagi Persefahaman Antarabangsa (BCIU) Amerika Syarikat pada 17 April 2010. Anugerah disampaikan oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Lawrence Eagleburger di St. Regis Hotel.[2]

Pada 11 Februari 2012, Datin Seri Paduka Rosmah Mansur telah dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak menerusi program Permata Negara. Canselor Universiti Curtin, Dr Jim Gill menyampaikan ijazah doktor kehormat itu kepada Rosmah pada majlis konvokesyen universiti itu di Perth.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari. Pada majlis itu, lebih 500 graduan universiti itu, termasuk beberapa pelajar Malaysia, turut menerima ijazah masing-masing.[3]

Selain itu, beliau turut juga dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara. Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur. Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.

ISU

Kempen video burukkan isteri PM

Pada 25 Jun 2009, beliau menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar “perempuan puaka” di internet. Ia disediakan di dalam tiga klip video yang lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek melibatkan orang yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka sebagai adik lelakinya, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh. Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya.

KES ‘BINI PUAKA’

Pada 30 Jun 2009 jam 3 petang, sebelum kedatangan beliau ke Universiti Malaya beliau dirujuk sebagai “C4”, “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” di dinding dewan di Universiti Malaya oleh dua mahasiswa yang terpengaruh dengan dakwaan tanpa bukti oleh pihak pembangkang, yang didakwa menconteng perkataan-perkataan tersebut. Salah seorang penyebar berita fitnah tersebut kemudiannya mendakwa dia hanya mengulangi berita yang sampaikan kepadanya. Hasilnya, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh beliau. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin. Sebelum itu pada 17 Julai 2009, Shazni Munir Mohd Ithnin, presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, ditahan. Pada 13 Julai 2009, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 7 hingga 11 Disember 2009 bagi perbicaraan kes tersebut. Salah seorang yang membuat tuduhan tersebut, Raja Petra kemudiannya mendedahkan bahawa dia (“Raja Petra”) membuat tuduhan tersebut dengan kepercayaan bahawa arahan tersebut datangnya dari penasihat PKR dan pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lagi mahasiswa ditahan

Pada 13 Ogos 2009, tiga anggota polis berpakaian biasa dipercayai dari ibu pejabat polis daerah Brickfields menahan Muhammad Aizat Roslan, pelajar jurusan syariah Akademi Pengajian Islam (API) tahun dua dan ditahan reman selama dua hari. Polis mengemukakan enam alasan dalam permohonan perintah reman, antaranya untuk membantu siasatan kes contengan tersebut dan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai seorang lagi suspek yang masih lagi bebas, Muhammad Saufi Jelani. Akhirnya pada 19 November 2009, Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir bagi pengajian semester itu.

Kenyataan mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011

Pada 15 Mac 2011, video Rosmah memberi komen mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011 disiarkan di Astro Awani, saluran berita 24 jam Astro. Di dalam video tersebut, Rosmah berkata bencana tersebut disebabkan kelalaian Jepun dalam melaksanakan dasar perancangan dan pembangunan mesra alam, serta mengaitkan bencana tersebut dengan pembangunan pantas serta perubahan iklim, dan ia seharusnya menjadi iktibar kepada Jepun dan masyarakat antarabangsa.

Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan penyokong pembangkang di Twitter, dengan ramai pengguna mengutuk Wanita Pertama Malaysia tersebut bahawa perubahan iklim dan gempa bumi sama sekali tidak berkait. Beberapa ahli parlimen pembangkang turut mendesak Perdana Menteri untuk ‘mengawal isterinya’ dan mendesak Rosmah untuk meminta maaf pada kerajaan dan rakyat Jepun atas kenyataannya itu.

sumber : wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *