Inilah Perubahan Pengiran Anak Sarah Isteri Kepada Putera Mahkota Brunei Setelah 13 Tahun Berlalu Yang Sangat Mengejutkan Semua… 5 Foto !

Masihkah anda ingat dengan gerangan wanita anggun dan manis ini? Sudah tentu ramai yang mengenali personaliti DiRaja dari Negara Brunei Darussalam ini.

Baginda merupakan antara kerabat DiRaja yang terkenal diserata dunia dek kerana kecantikan dan kemanisan wajah baginda. Baginda sering menjadi perhatian media di Majlis-majlis DiRaja di seluruh dunia.

Baginda kerap kali tidak pernah gagal untuk mempamerkan pesona baginda kepada dunia.

Baginda yang dimaksudkan ialah Isteri kepada Putera Mahkota Brunei Darussalam Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman,D.K.(Brunei), Grand Cordon Special Class of the Supreme Order of the Renaissance (Jordan).

Diputerikan sebagai Dayangku Sarah Binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan.

Baginda merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan YM Pengiran Salleh Abdul Rahman Pengiran Damit dan YBhg Rinawati Binti Abdullah.

Ayahanda baginda merupakan kerabat jauh kepada Sultan Brunei manakala bonda baginda adalah wanita kelahiran Switzerland yang pernah bekerja sebagai Jururawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Nama asal bonda baginda ialah Suzanne Aeby.

Dan ini Gambar Terbaru baginda selepas 13 Tahun berlalu.

Kehadiran Pengiran Anak Sarah dalam keluarga DiRaja Brunei amat dialu-alukan dan diterima oleh seluruh rakyat Brunei.

Gaya baginda yang sentiasa kelihatan anggun dan tingkah laku yang sopan menjadikan baginda ikon wanita muda bagi negara Brunei.

Usia yang muda tidak menghalang baginda untuk bergiat aktif di dalam bidang kebajikan di Brunei.

Baginda sering mencemar duli berangkat untuk menjalankan tugas baginda selaku isteri kepada Putera Mahkota Brunei.

Keberangkatan baginda dalam setiap majlis sama ada di Brunei atau diperingkat antarabangsa seringkali menarik perhatian setiap mata memandang.

Lensa kamera tidak jemu-jemu untuk mengambil gambar baginda. Penampilan dan fesyen yang digayakan baginda sentiasa mencerminkan imej wanita timur yang jelita.

Pengiran Anak Sarah telah menerima Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam dari Universiti Brunei Darussalam pada Oktober 2010.

Baginda juga merupakan kadet tentera di Univerisiti dan merupakan penjaring terbanyak dalam sukan bola jaring di universiti tersebut.

Kini di usia menjangkau 30 tahun dan walaupun mempunyai dua orang cahaya mata, baginda masih lagi kelihatan seperti seorang anak gadis.

Semoga Allah sentiasa merahmati Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan seluruh kerabat DiRaja Brunei Darussalam.

Kenali Menantu-Menantu Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
25 Februari 2013, Isnin :-

Hari ini Syah tak sihat dan berada dirumah, jadi banyak masa dan Syah ambil kesempatan ini untuk perkenalkan kepada anda semua menantu-menantu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Sultan Brunei dikurniakan dengan lima orang Putera dan enam orang Puteri hasil daripada tiga perkahwinan Sultan Brunei sebelum ini. Walau bagaimanapun baginda telah menceraikan dua orang isteri baginda iaitu Hajah Mariam binti Abdul Aziz pada Februari 2003 dan Azrinaz Mazhar Hakim binti Hakim Mazhar pada 16 Jun 2010.

Anakanda-anakanda Tuanku adalah:-

Daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah (26.07.1969)
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah (12.10.1971)
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (17.02.1974)
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah (16.03.1976)
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah (12.03 1980)
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik (30.06.1983)
Daripada Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz, DKMB, PHBS. Setelah bercerai dengan Sultan Brunei pada Februari 2003 segala darjah kebesaran dan gelaran Diraja beliau telah ditarik semula.

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim (29.07.1982)
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah (26.09.1984)
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah (23.08.1985)
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen (10.08.1991)
Daripada Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar, DKMB, PHBS. Setelah bercerai dengan Sultan Brunei pada 16 Jun 2010 segala darjah kebesaran dan gelaran Diraja beliau telah ditarik semula.

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel (01.06.2006)
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah (28.01.2008)
Daripada 11 orang anakanda baginda, empat daripadanya telah mendirikan rumahtangga dan keempat-empatnya adalah anakanda kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri. Hasil daripada perkahwinan anakanda-anakanda baginda, Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan dengan sembilan orang cucunda, empat lelaki dan lima perempuan. Menantu-menantu baginda adalah :-

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahman, D.K., The Order of the Kawkab Al-Urdani (First Degree) (Jordan).

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merupakan menantu kedua Sultan Brunei dan isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. YTM merupakan anakanda bungsu dan perempuan tunggal dari tiga beradik dari pasangan YM Pengiran Salleh Ab Rahman bin Pengiran Haji Damit dan YM Dayang Rinawaty binti Abdullah @ Suzanne Rahman Aeby. Anak kacukan Melayu Brunei dan Switzerland ini diputerikan pada 09 April 1987 di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Bagawan dan diberi nama Dayang Ku Sarah. YTM bertemu jodoh pada September 2004 dalam usia 17 tahun dengan paduka suaminya yang ketika itu berusia 30 tahun.

Hasil daripada perkahwinan ini YTM telah dikurniakan dengan sepasang cahayamata iaitu :-
Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntakim diputerakan pada 17 Mac 2007.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah diputerikan pada 02 Januari 2011.

Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj, D.K.

YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim merupakan menantu sulung Sultan Brunei dan suami kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pegiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah. YAM diputerakan pada 01 Januari 1970 merupakan putera kepada YAM Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Muhammad Yassin dan YAM Pengiran Anak Datin Paduka Hajah Siti Rafiah binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Muda Haji Muhammad Hashim. YAM bertemu jodoh dengan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah pada 15 Ogos 1996. Hasil daripada perkahwinan ini YAM telah dikurniakan dengan lima orang cahayamata:-
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raheemah Sanaul Bolkiah (28.12.1997)
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah
Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Raqib (14.05.2002)
Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Abdul Haseeb (14.01.2006)
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raqeeqah Raayatul Bolqiah (16.12.2009)

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil merupakan menantu ketiga Sultan Brunei dan suami kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah. YAM diputerakan pada 28 Februari 1975 di Hospital Penaga, Seria dan merupakan putera kepada pasangan YM Pengiran Syed Haji Jaafari bin Pengiran Syed Haji Mashor dan YM Hajah Dayang Sarbanun binti Haji Awang Abdi Manaf. YAM berkahwin dengan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah pada 07 Jun 2007. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahayamata :-
YAM Pengiran Anak Abdul Hafeez diputerakan pada 18 Mac 2008.
YAM Pengiran Anak Raihaanah Hanaa Ul Bolqiah diputerikan pada 06 Januari 2010.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini merupakan menantu keempat dan bungsu kepada Sultan Brunei setakat ini. YAM merupakan suami kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah. YAM diputerakan pada 18 Januari 1983 dan merupakan anak kedua dari pasangan YM Pengiran Dr.Haji Mohd. Yakub bin Pengiran Haji Othman dan YM Dayang Hajah Zainon binti Dato Paduka Elias. Pasangan ini bolehlah dikatakan sebagai pengantin baru kerana baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka pada 20 September 2012 lepas.

Sumber : AmazingNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *