Inilah Dendam Tun Mahathir Terhadap Singapura Hingga Ke Hari Ini Yang Tak Pernah Didedahkan !!!

KUALA LUMPUR: Sejurus sebelum pengumuman Tun Dr Mahathir melepaskan semua jawatannya di dalam kerajaan dan UMNO, beliau membuat pengumuman untuk membina jambatan bengkok menghubungkan selatan Malaysia ke Singapura.

Langkah tersebut antara lain bagi mengurangkan kesesakan di tambak Johor dan Link Kedua dengan membina Link ketiga menerusi jambatan bengkok.

Namun, peneraju Mahahtir sebagai Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak meneruskan projek tersebut menyebabkan Mahathir mendesak Abdullah meletakkan jawatan yang akhirnya berlaku pada 2009.

Krisis jambatan bengkok turut berulang didalam pentadbiran Najib, ekoran Mahthir ingin melampiaskan dendamnya kepada Singapura dengan mengurangkan saluran air dari Johor kepada pulau tersebut kepada 50% melalui pembinaan jambatan bengkok.

Blog Lim Sian See (LSS) menjelaskan, dendam tersebut tercetus sewaktu Malaysia dihimpit krisis kewangan 1998 ditambah lagi dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta nilai ringgit yang rendah ekoran spekulasi pelabur.

“Dengan pelbagai masalah dihadapi Mahathir, beliau melawat Singapura bertemu Perdana Menteri (ketika itu) Goh Chok Tong.

“Walaupun tidak dilapor media Malaysia, media Singapura melaporkan Mahathir meminta Singapura pinjaman US5 bilion dolar kerana kesempitan kewangan,” katanya.

Katanya, Perdana Menteri Singapura bersetuju untuk memberi pinjaman kepada Malaysia dengan menetapkan beberapa syarat namun tidak dipersetuji Mahathir.

Jelasnya, syarat tersebut walaubagaimanapun tidak didedahkan.

“Walaupun Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) menawarkan pinjaman sama kepada Malaysia, ianya juga disertakan dengan syarat oleh IMFF yang ditolak Mahathir,” kata LSS.

Ujarnya, Mahahtir harus sedar bahawa Singapura akan menetapkan syarat kepadanya untuk meminjam wang ekoran beliau bertemu wakil Singapura itu dalam keadaan yang ‘lemah’.

“Terpulang samaada untuk menerima syarat tersebut atau tidak. Tiada siapa yang paksa. Tindakan meminjam wang daripada Singapura bukannya mulia, tetapi menunjukkan (Mahathir) terdesak.

“Langkah mengatasinya adalah dengan tidak terjebak dalam situasi tersebut daripada mula,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, ekonomi Malaysia lama kelamaan semakin pulih namun hubungan bersama Singapura secara tidak langsung punah dan imej baik Mahathir dimata Singapura terjejas kerana terpaksa merayu meminta tolong.

SUMBER: Malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *