Disangka Urat Rupanya Cacing Bersarang Dalam Urat Kaki Kerana Sering Melakukan Perkara Ini!

Seorang lelaki terkejut dan tidak menyangka ‘urat’ pada kakinya itu sebenarnya adalah cacing yang bersarang di situ.

Gelinya!! Disangka Urat Rupanya Cacing Bersarang Dalam Urat Kaki

Lelaki berkenaan pada mulanya mengunjungi doktor di kolej perubatan Peking Union kerana mahu menghilangkan ‘urat’ terbabit. Namun mengejutkan apabila ia sebenarnya adalah cacing, Dia mendapat cacing berkenaan selepas bercuti di Nigeria.

Cacing itu juga bergerak-gerak beberapa milimeter setiap hari, kata doktor yang menulis mengenainya dalam New England Journal of Medicine. Menurut doktor terbabit, parasit itu memasuki kaki lelaki berkenaan menerusi larva dan larva berkenaan selalunya berada pada najis kucing atau anjing.

Kemungkinan lelaki itu mendapat parasit tersebut kerana dia tidak memakai kasut ketika berada di pantai dan terpijak najis yang mengandungi larva. Dia diberikan ubat anti-parasit iaitu albendazole dan selepas dua minggu, cacing itu hilang.

Risiko Najis Kucing kepada Manusia

Najis kucing yang kita kendalikan seharian dari kotak najisnya ataupun najisnya yang terdapat di luar sana adalah berisiko untuk kita.Ini kerana terdapat beberapa penyakit yang dapat disebarkannya terutamanya jenis parasit dan juga cacing.

Jangkitan dari najis kucing:

1) Toxoplasma- iaitu parasit yang terdapat di dalam najis kucing yang sudah dihinggapinya parasit ini di dalam badannya.Bersnetun secara terus najisnya boleh menyebabkan ianya terserebak kepada kita kerana terlekat pada tangan kita.Parasit ni juga mudah merebak kepada masakan serapa masak.Amat berisiko kepada kanak-kanak dan perempuan yang mengandung.Kecacatan kepada janin ataupun keguguran mungkin salah satu kesannya.

***Tips: Elakkan perempuan mengandung membuang naajis kucing kerana mereka berisiko tinggi serta mudah dijangkiti***

2) Roundworm cacing-cacing ni juga terdapat didalam najis kucing dan juga najis anjing.Kita terjangkit jika tersentuh najisnya yang sudah mempunyai larva telur yang terbentuk dalam masa 2-3hari selepas kucing membuang air besar.

***Tips Penting: Najis kucing perlu dibuangkan dengan segera dalam masa 24 jam kerana dalam masa ini belum sempat lagi larva telur terbentuk ataupun matang.Jangan dibiarkannya terkambus dalam kotak pasirnya kerana larva ini mulai bertelur & mengeram***

3) Hookworm cacing-Cacing jenis ini juga terdapat di dalam najis kucing dan kesan awal kepada kita merasa gatal-gatal kulit kerana larva menyerap masuk.

***Sebagai langkah keselematan diri,kita perlu memakai sarung tangan getah ketika membuang najisnya dan juga perlu dicuci dengan sabun berubat selepas selesai pembersihan najisnya.Najisnya perlu dibuang secepat mungkin untuk elakkan pembiakan larva parasit****

Elak berkaki ayam di kawasan berpasir

Selain itu, Dr. Tarita berkata, jangkitan parasit daripada cacing cangkuk (hookworm) boleh berlaku menyebabkan penyakit cutaneous larva migrans yang menjangkiti kucing dan anjing. Jangkitan berlaku apabila najis haiwan mencemari tanah dan pasir menyebabkan telur cacing menetaskan larva.

Menurutnya, apabila tanah telah tercemar, larva boleh menembusi kulit apabila bersentuhan dengan kulit kaki sekiranya berjalan dengan kaki ayam.

Katanya, walaupun larva ini tidak boleh membiak dalam badan manusia tetapi boleh memberi kesan pada kulit dan menyebabkan lesi merah (keadaan jaringan yang abnormal pada tubuh dan mengandungi cacing) bermula dengan benjolan atau bintat kecil yang biasanya bersaiz kurang daripada lima milimeter pada kulit.

“Trek merah yang panjang akan timbul dan berlingkar mengikut pergerakan cacing di dalam kulit. Seseorang itu mungkin mempunyai beberapa lesi pada tempat yang sama atau berlainan, mengikut bilangan larva yang telah menjangkiti kulit yang biasanya terdapat pada kaki, punggung dan tangan.

“Kemudian pesakit akan mula menghidap simptom gatal terutama pada waktu malam. Biasanya, kanak–kanak akan mudah dijangkiti jika berlaku sentuhan dengan tanah yang tercemar,” katanya, yang tidak menyarankan mereka beriadah di pantai dengan berkaki ayam kerana kawasan berpasir biasanya dicemari tahi kucing atau anjing.

Ujarnya, golongan yang lebih mudah mendapat jangkitan ialah mereka yang mempunyai ketahananan sistem imunisasi yang rendah seperti orang tua, bayi, pesakit kanser, perempuan mengandung dan individu yang hidup dengan HIV/AIDS.

Mereka yang berisiko tinggi ini dinasihatkan untuk tidak memegang haiwan reptilia seperti kura-kura atau biawak, anak kucing dan anak anjing yang berumur enam bulan ke bawah atau haiwan peliharaan yang cirit-birit.

“Golongan ini tidak digalakkan membersih najis haiwan peliharaan dan sekiranya membela kucing, haiwan ini tidak dibenarkan keluar dari rumah untuk mengelakkan sebarang pencemaran atau jangkitan pada kucing.

“Langkah pencegahan lain yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan dapat dicapai melalui rutin kawalan kutu pada haiwan, saringan terhadap haiwan yang baharu dipelihara dan juga mengamalkan tabiat rutin membasuh tangan.

“Pemilik juga perlu berwaspada dalam mengambil langkah penjagaan ketika mengendalikan tempat pembuangan najis haiwan,” katanya.

Kesimpulannya, rawatan penyakit kulit berkaitan haiwan peliharaan tidak boleh diabaikan, begitu juga rawatan holistik pada pesakit dan haiwan peliharaan. Rawatan mungkin memerlukan kerjasama antara doktor pesakit dan doktor veterinar.

Sumber : trendingchannel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *