“Bila Dengar Imam Baca Doa Makan Lepas Solat, Makmum Semuanya Gelak, Tapi Sebenarnya Kita Yang Jahil,”

Masih ramai diantara kita yang belum faham pengertian doa yang sebenarnya boleh dibaca pada bila-bila masa saja, dimana jua  seperti didalam solat, sesudah solat bahkan setiap perlakuan kita boleh dimulakan dan disudahi dengan doa.

Setiap bait doa itu insyaAllah akan dikabulkan oleh Allah SWT, oleh kerana itulah jika kita punya hajat apa pun yang baik, maka segeralah meminta pada Allah SWT dengan ikhlas sambil diiringi rasa rendah diri.

Justeru kita juga harus memahami maksud doa itu agar khusyuk dan ikhlas itu sampai serta meletakkan diri kita serendah-rendahnya.

Perkongsian Alhusna Asma melalui laman Twitter miliknya menarik perhatian kami untuk berkongsi.  Topik yang dibincangkan adalah penggunaan doa makan yang digunakan selepas solat.

Kenapa kena selalu baca ‘doa makan’?

Perihal rezeki meliputi semua aspek kehidupan, bukan termaktub kepada harta sahaja.

“doa makan’ menghindarkan diri daripada azab, (rezeki yang tak terlihat).

Supaya diberkati Allah atas kurniaan rezeki. Tanda kesyukuran.

Lain kali jangan gelak, fahami maknanya dahulu.

Sebarkan ilmu ini. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *