70% wanita di Malaysia hanya mahu kahwin dengan lelaki gaji RM5000 keatas

Bercakap mengenai perkahwinan, kaum wanita adalah yang paling teruja sekali. Kaum wanita kebanyakkan mengimpikan perkahwinan yang indah dan tidak dapat dilupakan.

Bagaimanapun, sebelum mendirikan rumah tangga setiap wanita meletakkan syarat-syarat tertentu dalam memilih pasangan hidup. Syarat utama dalam memilih pasangan hidup yang diletakkan oleh wanita Malaysia adalah memilih lelaki yang bergaji RM5,000.

Hasil kajian dilakukan Sweet Ring mendedahkan hampir 70 peratus wanita Malaysia yang mengaku mahu berkahwin dengan pasangan yang mempunyai gaji RM5,000 keatas.

Kajian itu melibatkan hampir 500 respondan wanita merupakan rakyat Malaysia dan keputusan mendedahkan 70 peratus wanita memang mahukan pasangan bergaji sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan

Selain itu, separuh daripada respondan wanita mendedahkan jika pasangan mereka tidak mempunyai gaji RM5,000 ke atas meraka sanggup untuk kekal single daripada berkahwin.

Bagaimanapun, masih terdapat 30 peratus daripada respondan wanita berkata mereka masih lagi sanggup untuk berkahwin jika pasangan bergaji sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Manakala, bagi respondan lelaki pula kalau pasangan mereka bergaji antara RM3,000 hingga RM5,000 itu sudah cukup baik dan paling penting mereka sebenarnya tidak kisah tentang berapa gaji isteri mereka

Semua pasangan mahukan kestabilan dalam kewangan, tetapi tidak bermakna harus memilih pasangan hidup yang mempunyai gaji RM5,000 ke atas sahaja sebagai pilihan hidup.

Perkahwinan itu tidak semestinya bahagia hanya dengan wang ringgit jika pasangan tidak mempunyai tanggungjawab dalam kelaurga. Apapun, masih terdapat kaum wanita yang sanggup susah senang bersama suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *